Malaysia

Lelaki tempatan ditahan di Singapura, seludup dadah bernilai lebih RM1juta

Kuala Lumpur, Sept 11 – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun, ditahan di Singapura selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah dengan anggaran bernilai lebih RM1 juta di dalam kereta yang dipandunya.

Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, suspek ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.

Difahamkan, hasil pemeriksaan dalam kereta yang dipandu suspek, pihaknya berjaya merampas 264 gram dadah jenis ‘Ice’, 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja.

Mengulas, menerusi undang-undang Singapura individu yang didapati bersalah menyeludup lebih 15g heroin tulen, 250g methamphetamine, atau 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker