Malaysia

Lelaki temu ajal, tunggang motorsikal lawan arus di Kuala Kangsar,Perak

Kuala Lumpur, Julai 8 – Lelaki bertemu ajal selepas motorsikal yang ditunggang secara melawan arus hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.28 pagi dan hasil siasatan mendapati mangsa menunggang dari arah Klebang menghala ke bandar raya Ipoh melalui Jalan Kuala Kangsar secara melawan arus.

Katanya, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mayat lelaki berusia 37 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat,

Justeru, Abang Zainal berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker