Malaysia

Lelaki temu ajal,tercampak, tersepit di bawah kereta di Ipoh

Kuala Lumpur,Julai 30 – Malang tidak berbau apabila seorang lelaki bertemu ajal akibat tercampak keluar daripada kereta dipandunya dan tersepit di bawah kenderaan itu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad,mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan kejadian jam 7.55 pagi itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, kira-kira lima kilometer dari Terowong Menora.

Hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa di lorong kanan, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan bergesel dengan kereta dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun.

Mengulas lanjut,mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk dibedah siasat, manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker