Dunia

Lelaki terbeli semula Honda Civic Type R miliknya yang pernah dicuri

Seorang lelaki di Britain terkejut apabila kereta Honda Civic Type R yang dibelinya dengan harga kira-kira RM115,000 rupa-rupanya adalah kereta miliknya yang pernah dicuri dua bulan lalu.

Ewan Valentine, 36 tahun, membeli kereta berwarna hitam itu selepas kehilangan kenderaan sama dari rumahnya pada Februari.

Namun, dia mula curiga selepas menemui barangan peribadi seperti pasak khemah, cebisan pokok Krismas dan alamat rumah ibu bapanya dalam sistem navigasi kereta tersebut.

Ewan kemudian membawa kenderaan itu ke pusat servis Honda di Solihull sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker