EksklusifMalaysia

Lelaki tular, berdiri di koc wanita MRT, kerana ada anak perempuan,agresif apabila ditegur

Kuala Lumpur, Julai 22 – Baru-baru ini, satu video tular memaparkan seorang lelaki bertindak agresif apabila diseru dan ditegur berada di koc wanita dalam sebuah MRT.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok bernama Chai Huat To, lelaki berbaju kolar merah itu menjerit kepada seorang wanita yang menegurnya kerana berada di koc wanita yang dikhaskan kepada penumpang wanita.

Difahamkan, lelaki berkenaan mempunyai anak perempuan kecil dan dia berada di situ kerana hendak mengiringi anak kecilnya itu.

Sementara tu, lelaki itu juga berkata tindakan wanita berkenaan tidak masuk akal kerana menyerunya keluar dari koc wanita dengan meninggalkan anak kecilnya di belakang.

Susulan perkongisian video itu, ia telah mengundang pelbagai komen daripada warga netizen, dimana ada yang berkata, di dalam video itu, difahamkan isterinya juga turut berada di sisinya dan kemungkinan dia boleh jaga anak-anaknya dan lelaki itu boleh berada di koc yang biasa.

Ada juga komen berkata, lelaki itu mempertahankan dirinya bukan kerana niatnya tidak baik, malah sebagai seorang ayah dia hanya hendak memastikan anaknya selamat bersamanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker