Lelaki tular mematahkan pengilap cermin di Terminal Bas Batu Pahat berjaya ditahan polis

Kuala Lumpur, Oct 21 – Baru-baru ini satu video tular memaparkan seorang lelaki warga asing didapati mematahkan pengilap cermin beberapa kenderaan di parkir Terminal Bas Batu Pahat, telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan susulan siasatan polis berdasarkan rakaman video berkenaan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang.
“Bertindak atas maklumat diperoleh, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan suspek pada hari sama untuk siasatan lanjut.
“Polis turut menemui pisau lipat dalam beg sandang milik suspek semasa tangkapan dilakukan ke atasnya,katanya menerusi satu kenyataan.
Mengulas beliau berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.