
Kuala Lumpur, Julai 22 – Sejak kelmarin satu video tular menarik perhatian warga netizen yang memaparkan seorang lelaki mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi perkongsian video di Tik Tok, lelaki berkenaan tular kerana mempunyai wajah mirip Tengku Hassanal dan menjadi buah mulut orang ramai.
Tinjauan Telus mendapati, orang ramai membanjiri ruang komen berkata lelaki itu kacak dan memiliki wajah serupa Tengku dan ada juga komen berkata wajahnya juga mirip pelakon Filipina, iaitu Jericho Rosales.
Susulan perkongsian video 5 saat itu, ia mendapat lebih 500 ribu tontonan dan 25.1 ribu suka serta lebih 600 komen di Tik Tok.