Malaysia

Lelaki ugut pukul di Lebuhraya EDL ditahan

Seorang lelaki yang tular kerana mengugut mahu memukul individu lain dengan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), berjaya ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Skudai sekitar 10.30 pagi Rabu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad, 5.30 petang, akibat kemarahan suspek terhadap seorang pemandu yang memotong barisan dalam kesesakan lalu lintas.

Polis turut merampas sebatang rotan bersaiz besar yang digunakan dalam insiden tersebut.

Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau, namun bukan individu dikehendaki dan ujian air kencing juga negatif dadah.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker