Malaysia
Lelaki Warga Asing Maut Disambar Buaya di Sandakan
Seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun maut selepas disambar buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah, Batu 8, Sandakan, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy, berkata kejadian berlaku sekitar jam 8.20 malam ketika mangsa sedang melalui jambatan kayu dalam perjalanan ke rumah abangnya.
“Mangsa sempat menjerit meminta pertolongan sebelum mayatnya ditemui ahli keluarga sekitar jam 9.30 malam hari sama. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.