Malaysia

Lelaki warga asing tersekat di tingkap tandas, ketika cuba larikan diri – Jabatan Imigresen

Kuala Lumpur,Oct 27 – Lelaki warga asing terpaksa menahan sakit akibat tersekat di tingkap tandas flat di Kampung Nisan Empat di Terengganu kelmarin dipercayai gagal melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen.

Susulan itu, pegawai Imigresen terpaksa menggunakan tangga mengeluarkan warga asing berusia 40-an itu.

Difahamkan, lelaki itu antara 35 individu yang menyewa di flat berkenaan dan bekerja di beberapa tapak pembinaan di Marang serta Kuala Nerus.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Kawalan), Mat Amin Hassan, berkata menerusi operasi bersepadu yang bermula jam 9 malam Khamis hingga jam 6 pagi Jumaat, bagi menyiasat warga asing yang tidak memiliki dokumen sah untuk berada dalam negara.

Susulan itu,pihaknya telah memeriksa 218 warga asing termasuk dan 35 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker