Malaysia

Lelaki warga China ditahan pandu Lamborghini tanpa lesen

Sebuah kereta super sport jenis Lamborghini Aventador yang dipandu seorang lelaki warga China disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memiliki lesen memandu.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan ketika pulang ke rumahnya di Damansara Heights selepas menghadiri pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Beliau yang bekerja sebagai pencipta kandungan dan telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun, memaklumkan kenderaan itu baru sahaja dibeli pada harga melebihi RM2 juta.

Menurut Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, kereta mewah itu antara 26 kenderaan yang disita dalam operasi khas bersepadu di Jalan Bangsar.

Daripada 1,627 kenderaan yang diperiksa, sebanyak 211 diambil tindakan dan 463 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker