Malaysia

Lelaki warga emas pandu motosikal lawan arus di Linkedua

Satu rakaman dashcam yang menunjukkan sebuah motosikal melawan arus di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku pagi Selasa itu melibatkan seorang penunggang warga emas yang turut dilihat tidak memakai topi keledar.

Susulan penularan video tersebut, polis berjaya mengesan warga emas berkenaan selepas anaknya tampil membuat laporan.

Lelaki berusia 80 tahun itu dipercayai menghidap penyakit Alzheimer dan menetap di Bukit Aping Barat, Kota Tinggi.

IPD Iskandar Puteri mengesahkan kejadian dan memaklumkan kenyataan lanjut akan dikeluarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker