Lelaki warga Pakistan temu ajal, kena renjatan elektrik di tapak karnival

Kuala Lumpur, Ogos 28 – Seorang lelaki warga Pakistan, berusia 32 tahun, temu ajal terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan belakang sebuah pasar raya bertempat Kuala Selangor, semalam.
Menurut sumber, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mangsa bersama seorang lagi rakan berada di tapak berkenaan semasa hujan lebat.
“Rakan mangsa memaklumkan, mangsa memegang besi khemah salah satu gerai dan telah berlaku renjatan elektrik menyebabkannya terjatuh sebelum dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal,” katanya
Mengulas lanjut, beliau berkata sebaik polis tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan telah meninggal dunia di atas pentas utama karnival berkenaan.