Lelaki warga Singapura didakwa curi wang kripto bernilai berbilion ringgit

Seorang warga Singapura, Malone Lam, 20, didakwa mengetuai satu kumpulan jenayah siber yang dipercayai mencuri lebih AS$263 juta (RM1.13 bilion) dalam bentuk mata wang kripto.
Lam yang sebelum ini dituduh mencuri dan mengubah wang haram sebanyak AS$230 juta, kini menghadapi pertuduhan baharu bersama 12 individu lain, termasuk rakannya, Conor Flansburg, 21, dari California.
Kumpulan ini dipercayai berkenalan melalui platform permainan dalam talian sebelum merancang skim besar mencuri dana dari dompet kripto, menukarnya kepada dolar AS dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Mereka turut dikaitkan dengan kes pecah rumah, termasuk satu insiden di New Mexico bagi mencuri dompet perkakasan kripto.
Kesemua suspek didakwa di bawah Akta RICO, dengan peranan berbeza termasuk sebagai penggodam, penganjur, penjejak mangsa, pemanggil, pencuci wang dan pencuri dompet kripto.
Lam mengaku tidak bersalah ketika hadir di mahkamah Washington D.C. pada Isnin.