Uncategorized

Lempar, baling batu ke arah anak anjing, polis cari sekumpulan lelaki di Kudat  

Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan penderaan haiwan di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Ehsan, Kudat.

Sebelum ini, tular beberapa video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak lelaki membaling batu ke arah anak-anak anjing di tangga tanpa rasa bersalah.

Mereka malah ketawa dan ada kelihatan juga individu yang mengikat anak anjing baru lahir sebelum melibaskan dan membalingnya ke arah kumpulan tersebut.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV Sabah), Dr Mary Golingai, memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan difahamkan polis Kudat juga telah membuka siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker