Malaysia

Lepas tembakan ketika upacara sembahyang, lelaki ditahan polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika upacara sembahyang tahunan di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi Ahad lalu dan tular di media sosial sehari kemudian sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bertindak hasil maklumat, sepasukan anggota dari IPK Selangor dan IPD Kuala Selangor menahan suspek di Petaling Jaya pada jam 8 malam Isnin untuk membantu siasatan.

Suspek kini direman tiga hari sehingga 4 September bagi siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960, manakala polis terus mengumpul maklumat berhubung insiden berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker