Malaysia

Letupan kuari? Penduduk Ipoh dikejut bunyi letupan kuat, polis mulakan siasatan

Bunyi letupan kuat disertai gegaran mengejutkan penduduk sekitar Ipoh pagi tadi, mencetuskan spekulasi berhubung kemungkinan pengeboman kuari.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 10.30 pagi di beberapa kawasan termasuk Klebang Harmoni, Chemor, Chepor dan Tanah Hitam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas laporan lengkap diperoleh.

Beberapa penduduk mendakwa gegaran terasa kuat sehingga disangka letupan besar, mengimbas kembali insiden serupa pada Oktober tahun lalu yang masih belum diketahui puncanya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai punca sebenar bunyi tersebut meskipun di media sosial rata-rata penduduk mendakwa ia datang daripada bunyi letupan kuari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker