Malaysia
Trending

Little India: Persatuan peniaga kecil Brickfields gesa pihak berkuasa alihkan pentas program, ganggu operasi

Kuala Lumpur, Oct 11 – Persatuan peniaga kecil Brickfields menggesa pihak berkuasa untuk mengalihkan dan menempatkan pentas program yang bakal didirkan untuk sambutan Deepavali bertempat Brickfields, Little India, ke tempat lain,kerana menganggu operasi perniagaan mereka di situ.

Difahamkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kebenaran untuk mendirikan 20 buah kedai situ dan jalan disitu juga akan ditutup sementara.

Penolong Setiausaha Persatuan Peniaga Kecil Brickfields, Gunaseelaran Subramaniam berkata pihaknya menzahirkan rasa tidak adil kerana beberapa kedai di situ diminta untuk dialihkan sekiranya pentas program didirikan di situ untuk persembahan yang bakal berlangsung selama empat hari sebelum Deepavali.

Sususlan itu, Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Jonathan Vela yang mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata pihaknya akan mengambil maklum tentang perkara itu dan bertindak melanjutkan perkara itu kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat.

Jonathan berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar kawasan Brickfields kira-kira jam 4 petang semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker