London Marathon terima lebih 800,000 permohonan penyertaan, rekod terbesar dunia

London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.
Acara itu diiktiraf sebagai maraton paling popular selepas menerima 840,318 permohonan untuk edisi 2025.
Ia juga merupakan acara pengumpulan dana satu hari terbesar di dunia, dengan lebih 1.6 bilion dolar AS dikumpulkan untuk kebajikan sejak dianjurkan pada 1981.
Guinness World Records akan menobatkan London Marathon sebagai maraton terbesar dunia sekiranya lebih 55,646 pelari berjaya menamatkan perlumbaan pada 27 April, mengatasi rekod New York Marathon yang dicatat pada November 2024.
Jumlah peserta yang menamatkan London Marathon meningkat secara konsisten, daripada 6,255 orang pada 1981 kepada 53,890 tahun lalu.