Malaysia
LRT3 Dijadual Mula Beroperasi 30 September

KUALA LUMPUR:
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Lembah Klang dijadual mula beroperasi pada 30 September selepas diserahkan kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kontraktor utama pada 31 Julai.
Menurut Kementerian Pengangkutan, projek yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia kini siap 98.16%. Ujian operasi tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan keselamatan sistem rel dan pematuhan SOP.
Ujian dijangka mengambil masa 75 hari dan akan dinilai oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad). Selepas itu, Rapid Rail Sdn Bhd akan menjalankan ujian operasi percubaan selama 60 hari bermula Julai hingga akhir Ogos.
LRT3 dijangka beroperasi sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.