Malaysia
Lubang benam di laluan Gua Musang-Lojing, satu lorong ditutup

Laluan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brook ditutup satu lorong menghala ke Gua Musang selepas berlaku semula kejadian lubang benam sejak 7 Ogos lalu.
Insiden sama pernah berlaku pada November tahun lalu dan dibaiki pihak konsesi, namun runtuhan kembali tercetus akibat hujan berterusan sejak awal bulan ini.
Pengarah JKR Kelantan, Ir Nik Soh Yaacoub memaklumkan hanya satu lorong dari arah Lojing ke Gua Musang ditutup sementara, manakala laluan dari Gua Musang ke Lojing masih dibuka seperti biasa sehingga arahan baharu dikeluarkan.