Malaysia
Trending

Lubang benam sedalam 1 meter sekitar Kompleks Bunga Raya KLIA

Kuala Lumpur, Sept 25 – Sedalam satu meter lubang benam dikesan berhampiran Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Kementerian Kerja Raya (KKR), memaklumkan lubang benam tersebut dikesan dekat laluan FT26 jalan masuk Kompleks Bunga Raya.

Katanya,laluan di sekitar kawasan itu masih boleh digunakan, namun jalan berhampiran lubang benam itu sudah ditutup.

“Pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam dan ia disyaki kebocoran paip kumbahan menjadi punca utamanya,katan hantaran itu.

Kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang sudah melaksanakan pemasangan pelan pengurusan trafik (TMP) di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, laporan terperinci akan dikeluarkan MAHB selepas selesai siasatan, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan MAHB.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker