Kuala Lumpur, Julai 4 – Merancang sesuatu perjalanan ketika bercuti adalah amat penting, susulan itu bagi melancarkan perjalanan pengembara,Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan satu inisiatif yang dikenali sebagai “Journify Holidays” yang menawarkan promosi tiket penerbangan, pakej hotel dan lain-lain, hanya dalam aplikasi Journify.
Ketua Enrich & Pemasaran, Kesetiaan dan Perkhidmatan Perjalanan Malaysia Aviation Group (MAG) Hemanth Jayaraman berkata inisiatif terbaharu ini memberi pengembara satu peluang untuk mempamerkan pakej Journify Holidays yang merangkumi pas perjalanan, tiket tarikan, pakej pelancongan, perkhidmatan lapangan terbang dan pengembara juga boleh merancang dan menempah keseluruhan percutian mereka dengan mudah, semuanya melalui satu platform, sambil memperoleh ‘Enrich Points’.
Pada masa sama, MAG juga melakukan satu acara secara besar-besaran sempana pelancaran Journify Holidays ini di Luar Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Julai ini, dimana orang ramai dijemput mengambil bahagian dan berpeluang memenangi satu daripada tiga percutian impian ke Maldives, Bangkok atau Langkawi dengan mengikuti terma dan syarat yang dikenakan.
Pengembara juga boleh memanfaatkan tawaran ini untuk merancang pengembaraan mereka yang seterusnya dengan promosi yang lebih hebat dengan penggunaan kad CIMB.
Orang ramai dijemput hadir untuk berpeluang bersiar-siar sepanjang pantai yang menakjubkan di Maldives secara percuma mengikut terma dan syarat yang sedia ada.