DuniaEksklusif

Maha Kaya Elon Musk Sambut Anak Ke-14

Billionaire Elon Musk mengesahkan kelahiran anak ke-14nya bersama eksekutif Neuralink, Shivon Zilis. Mereka turut mempunyai anak kembar, Strider dan Azure, 3, serta Arcadia, 1. Zilis mengumumkan kelahiran anak lelaki mereka, Seldon Lycurgus, di X.

Berita ini muncul selepas Ashley St. Clair, seorang influencer, mendakwa melahirkan anak ke-13 Musk dan menuntut ujian paterniti serta hak penjagaan penuh. Mahkamah New York mengarahkan Musk memberi jawapan sebelum 29 Mei 2025.

Musk kini mempunyai sekurang-kurangnya 14 anak, termasuk lima dengan bekas isteri Justine Wilson dan tiga dengan penyanyi Grimes. Musk sebelum ini lantang mengenai kepentingan keluarga besar bagi mengatasi kejatuhan populasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker