Malaysia

MAHB nafi Aerotrain KLIA rosak, operasi dihenti sementara akibat hujan lebat

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan bahawa perkhidmatan Aerotrain baharu di KLIA mengalami kerosakan, kurang seminggu selepas dilancarkan.

MAHB menjelaskan, perkhidmatan itu hanya dihentikan sementara pada jam 11 pagi hari ini selepas hujan lebat menyebabkan air bertakung di dalam terowong.

Bagaimanapun, pengangkutan penumpang ke terminal satelit tidak terjejas kerana mereka dibawa menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

Sistem saliran terowong yang dilengkapi pam bagi mengatasi air masuk semasa cuaca buruk didapati mengalami kerosakan teknikal pada salah satu pam, menyebabkan air tidak dapat disalirkan secara automatik.

Sebagai langkah keselamatan, operasi tren dihentikan sehingga air dibersihkan secara manual dan landasan disahkan selamat.

Perkhidmatan disambung semula pada jam 12.15 tengah hari selepas mendapat pengesahan daripada pasukan teknikal dan keselamatan.

MAHB memaklumkan pihaknya akan terus memantau sistem ini dan membuat sebarang pelarasan operasi dengan segera sekiranya perlu. Dalam masa sama, MAHB menghargai kesabaran pengguna sepanjang proses penambahbaikan sistem baharu ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker