Mahkamah: Guru besar dikenakan denda RM10,000 guna dokumen palsu beli piano
Kuala Lumpur, Sept 11 – Seorang guru besar sekolah rendah dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menggunakan dokumen palsu untuk pembayaran pembelian piano digital dan bangku, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Rosnah Mat Zain, berusia 57 tahun, didakwa menggunakan dokumen iaitu invois sebuah syarikat bertarikh 6 Desember 2021 kepada sekolahnya untuk pembayaran pembelian piano digital beserta bangku berjumlah RM10,200 di mana, dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah di Teluk Intan, pada 9 Desember 2021.
Guru besar itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.
Ketika menjatuhkan hukuman hakim menasihati wanita itu supaya selepas berhati-hati dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam serta bertaubat kerana hukuman yang diterimanya hanya hukuman dunia dan balasan di akhirat belum tahu.