Mahkamah keluarkan waran tangkap syarikat pemandu lori nahas FRU

Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori batu kerikil yang terlibat dalam nahas tragik mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Mei lalu.
Waran dikeluarkan selepas individu terbabit gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kesalahan muatan berlebihan dan pelanggaran syarat lesen di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Pemilik syarikat telah diberikan notis saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk hadir ke prosiding hari ini, namun tidak berbuat demikian. Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes berkaitan waran tangkap itu.
Syarikat berkenaan sebelum ini telah dibatalkan lesen pengendali oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas siasatan mendapati lori yang terlibat membawa muatan melebihi had dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan.
Tragedi berlaku pada 13 Mei di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, melibatkan pertembungan antara lori dan trak FRU yang membawa anggota bertugas