Mahkamah: Lelaki Singapura mengaku tidak bersalah, dakwa diri rasul ada roh kudus
Kuala Lumpur, Oct 6 – Seorang lelaki warga Singapura,berusia 60 tahun, mengaku tidak bersalah semalam atas dua pertuduhan mengajar ajaran sesat yang mendakwa dirinya rasul dan ada roh kudus.
Mengikut pertuduhan, tertuduh seorang pemandu forklift didakwa mengajar ajaran sesat kepada dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun dengan mendakwa dirinya sebagai rasul zaman ini di sebuah rumah bertempat Kuala Pilah antara 6 hingga 8 Okt 2023.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengajar ajaran sesat itu kepada individu sama dengan mendakwa dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh rasul-rasul terdahulu iaitu Nabi Adam hingga Nabi Muhammad pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019.