Malaysia

Mahkamah: Muhyiddin mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut

Kuala Lumpur, Ogos 27 – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kelatan hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa berkempen untuk PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim hari ini,Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dikatakan melakukan perkara berkenaan susulan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker