Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur:KK Supermart & syarikat pembekal didenda RM60,000, isu penjualan stoking kaliamah Allah
Kuala Lumpur, Julai 15 – Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd masing-masing dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac lalu.
Wakil KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Tee Kok Hiem selaku pengurus besar syarikat itu mengaku bersalah manakala Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Hui San turut membuat pengakuan sama.
Pada 26 Mac lalu, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri Datin Seri Loh Siew Mui yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas tuduhan, sengaja melukakan perasaan orang Islam mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.