Malaysia
Mahkamah Tinggi Syariah:Lelaki Terengganu pertama dihukum sebat atas kesalahan berkhalwat

Kuala Lumpur, Oct 29 – Seorang lelaki di Terengganu merupakan individu pertama untuk dikenakan hukuman sebat atas kesalahan berkhalwat.
Mahkamah Tinggi Syariah turut mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki itu kerana gagal hadir prosiding sebutan kes khalwat berulang.
Difahamkan, mahkamah mengeluarkan notis kepada penjamin dan menetapkan 20 Nov bagi sebutan waran tangkap kepada tertuduh Mohd Affendi Awang, berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai buruh binaan.
Menurut fakta kes, ini adalah kesalahan ketiga dilakukan tertuduh yang sebelum ini pernah dihukum kerana kesalahan sama pada Februari lalu.
Sebelum ini, tertuduh dikenakan empat sebatan dan denda sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat.