Malaysia
Mahkamah:’Abang Bas’ pulang ke pangkuan keluarga, bayar jaminan RM40,000

Kuala Lumpur, Sept 17 – Mahkamah Muar di Johor hari ini membebaskan ‘Abang Bas’ dengan jaminan,yang sebelum ini didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik.
Keluarga lelaki berusia 24 tahun itu membuat bayaran jaminan keseluruhan sebanyak RM40,000 selepas didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Muar dan Batu Pahat minggu lalu.
Proses membayar ikat jamin berkenaan dilakukan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan difahamkan keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan itu membabitkan tiga pertuduhan.
Sebaik keluar daripada mahkamah, ‘Abang Bas’ yang dipimpin oleh peguam belanya, dilihat memeluk ibu dan ayah serta ahli keluarganya yang berada di pekarangan Kompleks Mahkamah Muar hari ini.