Mahkamah:Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan, menanggung 3 isteri, 10 anak

Kuala Lumpur, Sept 18 – Seorang ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah mengugut seorang wanita untuk menarik balik laporan polis terhadap syarikat itu awal bulan.
Tertuduh, Mohamad Riza Makar, berusia 39 tahun didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: “Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga” terhadap wanita berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Osman berhujah meminta agar nilai ikat jamin tuduh ditetapkan pada kadar RM30,000 dengan dua penjamin tempatan, dengan syarat tambahan.
Mohamad Riza, yang diwakili peguam bela, memohon belas kasihan mahkamah kerana dia yang berpendapatan sekitar RM4,000 sebulan perlu menanggung keluarga yang besar.
Riza, suami kepada tiga isteri dan 10 orang anak,dimohon untuk dikurangkan jaminan kerana isteri baru saja melahirkan anak (ke-10), tak sampai lagi sebulan, pendaftaran kelahiran pun belum lagi dibuat.
Majistret kemudian memutuskan ikat jamin tertuduh ditetapkan pada kadar RM10,000 dengan seorang penjamin, selain membenarkan syarat tambahan yang dipinta pihak pendakwaan dan sebutan kes ditetapkan pada 18 Oktober depan.