Malaysia

Mahkamah:Ibu dikenakan denda RM700, benar anak 10 tahun bawa kereta

Kuala Lumpur, Sept 9 – Seorang ibu dikenakan denda sebanyak RM700 selepas mengaku bersalah atas tuduhan membenarkan anaknya yang berusia 10 tahun memandu kereta, awal bulan lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh pemilik kereta jenis Toyota Corolla telah membenarkan anaknya berusia 10 tahun memandu kenderaan berkenaan di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian pada 9 malam, 3 September lalu.

Perbuatan itu suatu kesalahan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda rendah kerana berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta suami yang sakit.

Mahkamah kemudian memerintah tertuduh didenda RM700 atau dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu.

Sebelum ini, media laporkan kereta dipandu kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Taman Arowana Impian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker