Malaysia

Mahkamah:Mydin kena denda RM20,000 jual kosmetik tanpa notifikasi KKM

Kuala Lumpur,Sept 10 – Syarikat pemborong tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd dikenakan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM), tahun lalu.

Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat berkenaan yang diwakili oleh dua individu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua individu itu selaku Orang Kena Saman (OKS) membayar denda masing-masing RM10,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, difahamkan mereka menjual 209 kotak dan 23 set ubat gigi pelbagai perisa yang bukan kosmetik bernotifikasi di pasar raya itu di Taman Danau Kota dan Kompleks Sinar Kota di Kuala Lumpur pada jam 11 pagi, 18 Julai 2023 lalu.

Pertuduhan mengikut Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda maksimum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker