Uncategorized
Mahkamah:Pekerja kontrak mengaku salah rogol remaja bawah umur sebanyak 3 kali di Ipoh
Kuala Lumpur, Ogos 9 – Seorang pekerja kontrak, berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur sebanyak tiga kali, pada bulan lepas.
Tertuduh, Muhammad Farriz Izwan, didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun itu di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian, di Ipoh sekitar jam 12 tengah malam, 1.30 pagi dan 5.30 pagi, 31 Julai lalu.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan pada 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan perubatan.