Mahkamah:Pemain badminton didenda RM25,000, pukul anjing di balkoni rumah, Kajang
Kuala Lumpur, Ogos 30 – Seorang pemain badminton profesional dikenakan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kajang hari ini, bersalah memukul seekor anjing secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya, pada 1 Julai lalu.
Tertuduh Samuel Lee, berusia 21 tahun didakwa memukul anjing baka Husky itu di Landmark Residence, Kajang di mana perkara itu dirakam oleh jiran sehingga ia tular di media sosial.
Susulan kejadian itu, pada 2 Julai, pihak penyelamat haiwan membawa anjing itu ke klink dan mendapati ia
mengalami trauma serta ketakutan ekstrem.
Kini, anjing itu disimpan di Kota Damansara Veterinary Centre untuk siasatan lanjut dan hasil siasatan mendapati Samuel melanggar Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) melakukan penganiayaan terhadap haiwan.