Malaysia

Mahkamah:Rawther didakwa edar kanabis dalam kenderaan

Kuala Lumpur, Sept 12 – Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dalam kenderaan yang dinaikinya , minggu lepas.

Mengikut pertuduhan, Rawther, bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi 6 September lalu.

Rawther dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah tidak benarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Nov depan untuk laporan kimia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker