Malaysia

Mahu atau tidak, kerajaan akan tetap laksana subsidi bersasar RON95

Kerajaan tetap akan melaksanakan subsidi bersasar RON95 seperti yang dirancangkan sebelum ini meskipun menerima pelbagai komen negatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi memaklumkan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar itu tidak akan menjejaskan majoriti rakyat Malaysia.

Katanya, kerajaan perlu meneruskan rancangan itu kerana rasionalisasi subsidi adalah sesuatu yang kritikal untuk negara.

Kerajaan mahu mempunyai sumber yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan.

Perbincangan berkaitan rasionalisasi subsidi masih berjalan di peringkat Jemaah Menteri bagi meneliti mekanisme yang terbaik untuk pelaksanaan menyeluruh dan adil kepada rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker