Majlis antara agama kecam tindakan individu promosi ‘Free Bible Course’ di hadapan surau, Melaka

Kuala Lumpur, Ogos 2 – Majlis antara agama mengecam tindakan sekumpulan individu yang bertindak mempromosikan ‘kursus Injil’ percuma di hadapan sebuah surau di Melaka.
Menurut sumber, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois berkata, tindakan kumpulan seperti ini harus mengikut etika menyebarkan agama masing-masing dan tindakan mereka adalah salah.
Menerusi video berdurasi 16 saat, tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu mempromosikan satu poster yang berkata ‘Free Bible Courses’ di hadapan surau berkenaan.
Video itu turut menarik perhatian orang ramai di alam maya, yang bimbang dengan perkara yang berlaku itu, di mana rata-rata netizen memohon pihak berkuasa agama Islam bertindak dengan tindakan kumpulan individu berkenaan.