Majlis Tarian Lucah di Dewan Sekolah Disiasat
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuka siasatan terhadap majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan emas yang menyediakan persembahan tarian mencolok mata di dewan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata penganjur gagal memohon permit daripada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), dan kertas siasatan telah dibuka.
Menurutnya, majlis itu dihadiri pelombong dari China, pekerja syarikat, serta penduduk tempatan beragama Islam, mencetuskan kontroversi.
“Penganjur dan pihak sekolah melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998, yang membawa denda maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun,” katanya.
Pihak penganjur dan sekolah akan dipanggil untuk memberikan keterangan.