Majlis TVET dicadang naik taraf kepada Suruhanjaya TVET – Anwar

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara kepada Suruhanjaya TVET Negara sebagai langkah memperkukuh sektor pendidikan teknikal di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kajian itu dibuat bersama Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan latihan, kerjasama kerajaan-swasta dan keperluan sumber dipertingkat secara bersepadu.
Beliau turut menyokong cadangan menaikkan gaji minimum lepasan TVET kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan agar kepakaran mereka diiktiraf industri tempatan dan antarabangsa.
Dalam masa sama, kerajaan akan merangka inisiatif latihan keusahawanan khusus untuk graduan TVET, dengan kerjasama syarikat milik kerajaan seperti PETRONAS, PERKESO, Khazanah dan PNB.
Bagi menyokong usaha itu, tambahan peruntukan RM40 juta diluluskan untuk Majlis TVET Negara dan RM10 juta kepada kerajaan negeri Melaka bagi program berkaitan latihan teknikal dan keusahawanan.