Makin ramai pemain alami kecederaan selepas main sukan pickleball

Pickleball, sukan yang semakin tular sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1965, kini mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya anak muda.
Sukan ini merupakan gabungan tenis, badminton dan ping pong, dan dimainkan menggunakan raket kayu serta bola plastik berlubang di gelanggang bersaiz kecil.
Namun, di sebalik popularitinya, semakin ramai pemain dilaporkan mengalami kecederaan, terutama melibatkan tulang dan sendi.
Di Amerika Syarikat sahaja, kes patah tulang berkaitan pickleball meningkat lebih 200 peratus dalam tempoh 20 tahun, menurut data yang dibentangkan pada persidangan tahunan American Academy of Orthopaedic Surgeons.
Kebanyakan kecederaan berlaku akibat terjatuh, termasuk patah tulang, kecederaan buku lali, lutut (seperti koyakan ACL), masalah bahu, keretakan kaki dan kecederaan tendon Achilles.
Peningkatan kes kecederaan ini kerana sukan ini dilihat mesra untuk semua lapisan umur dan kerana itu ia sering dianggap sukan yang kurang memenatkan dan tidak ramai mengamalkan aktiviti pemanas badan kerana dilihat ia sebagai sukan yang hanya santai dan tidak perlu stamina tinggi.