EksklusifMalaysia

Mala Vello kembali ke tanah air, 12 tahun hidup bagai ‘api neraka’ di Nepal

Kuala Lumpur, Ogos 30 – Setelah lebih satu dekad, wanita Malaysia Mala Vello yang diperdagangkan di Nepal
akhirnya selamat mendarat ke tanah air pada jam 6.48 pagi tadi, di KLIA Terminal 1.

Penantian anak kelima beliau, Uma Sangari Raby selama dua jam, bertukar menjadi episod yang penuh beremosi antara ibu anak, dimana mereka berdua memeluk rapat, dan mengalir air mata kegembiraan kerana bertemu semula setelah sekian lama menunggu.

Uma yang berusia 37 tahun berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ibunya ketika ibunya berusia 45 tahun, iaitu 12 tahun lalu sebelum dia diperdagangkan di Nepal, dan menghabiskan 10 tahun dan kemudiannya dipenjarakan kerana tinggal lebih masa tanpa visa yang sah.

Turut hadir Senator Datuk Sivaraj Chandran yang turut berusaha membawa pulang wanita yang berusia 57 tahun itu kembali ke Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan NGO-NGO tempatan serta di Nepal.

Terdahulu media laporkan, Mala Vello yang berasal dari Port Dickson, terperangkap dan dipaksa menjadi hamba domestik selama 10 tahun selepas mengikut pasangan Nepalnya ke negara itu.

Pasportnya ditahan, dan dia dipukul, kelaparan dan ancaman rogol beramai-ramai jika dia cuba mendapatkan bantuan pihak polis.

Dan apabila dia meninggalkan pasangannya dan mendapatkan bantuan, dia didakwa tinggal lebih masa di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Nepal dan didenda bersamaan RM88,500 dan Mala gagal bayar denda itu, dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 7 Mac 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker