Malaysia
Malang tidak berbau: 2 termasuk pelajar UTP temu ajal, terlibat kemalangan jalan raya, Perak

Kuala Lumpur, Nov 11 -Malang tidak berbau apabila dua terkorban dalam dua kemalangan tragis yang berlaku di Perak pada 10 November lalu.
Kejadian pertama melibatkan seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) berusia 19 tahun, maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Seri Iskandar.
Manakala, tiga lagi rakannya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian malang itu.
Kejadian kedua pula berlaku di Taiping, di mana seorang lelaki berusia 60 tahun terbunuh selepas keretanya terbabas dan isterinya turut mengalami kecederaan serius.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan kedua-dua kemalangan tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.