EksklusifMalaysia

Malaysia Airlines lancar penerbangan terus ke Paris, mulai 22 Mac 2025

Kuala Lumpur, Sept 6 – Malaysia Airlines (MAS) akan melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, bermula 22 Mac tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail berkata penerbangan ini penting dalam usaha pengembangan syarikat MAS ke Eropah.

“Dengan penambahan laluan ini ke dalam rangkaian Malaysia Airlines, kami akan menjadi syarikat penerbangan utama yang memulakan perkhidmatan terus dari pangkalan kami di Kuala Lumpur ke sebuah bandar di Eropah.

“Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya,” katanya di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024.

Beliau turut berkata pihaknya akan menggunakan pesawat A350-900, dan laluan ini merupakan destinasi ke-68 bagi syarikat itu, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (Syarikat Penerbangan), Dersenish Aresandiran menjemput orang ramai untuk hadir MATTA Fair, 6 hingga 8 September 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Mengulas beliau berkata, acara penting inidianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan ia hadir dengan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran produk yang unik termasuk dari Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, Journify dan Enrich.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker