Malaysia

Malaysia Airlines perkukuh jenama bersama Manchester United, tambah laluan ke Australia

Malaysia Airlines memperkukuh strategi jenama globalnya menerusi kerjasama jangka panjang bersama kelab bola sepak terkemuka dunia, Manchester United, di samping mengembangkan operasi ke pasaran Australia.

Langkah itu termasuk penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane bermula November 2025, serta peningkatan kekerapan ke Sydney dan Melbourne kepada 21 kali seminggu bagi setiap laluan menjelang Oktober ini.

Syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan pesawat A330-300 dengan corak badan khas gabungan Jalur Gemilang dan warna ikonik Manchester United, sebagai simbol kebanggaan negara dan strategi capaian global.

Kerjasama ini menyasarkan penglibatan peminat dan pemasaran berasaskan data, dengan potensi capaian kepada lebih 577 juta penyokong kelab itu di seluruh dunia.

Sebagai tambahan, pesawat Airbus A330neo dan Boeing 737-10 dengan kabin premium termasuk kerusi ‘lie-flat’ turut diperkenalkan bagi laluan Australia-New Zealand dan India, menawarkan pengalaman lebih selesa dan lancar.

Pengembangan laluan dan kerjasama global ini mencerminkan komitmen Malaysia Airlines dalam meningkatkan daya saing dan menarik lebih ramai penumpang di laluan strategik Asia-Australia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker