DuniaMalaysia

Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata

GEORGE TOWN: Kerajaan sedang mengurus penghantaran pulang 127 rakyat Palestin, termasuk 41 yang cedera dan menerima rawatan di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet dan diuruskan oleh Kementerian Luar serta Kementerian Pertahanan. Kesemua mereka kini berada dalam keadaan sihat dan memohon untuk pulang.

Tempoh gencatan senjata di Gaza selama 42 hari bermula hari ini. Pada Ogos lalu, Malaysia membawa 127 rakyat Palestin untuk rawatan, dengan pesakit dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan saudara mereka ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Ahmad Zahid turut mengesahkan kerajaan menerima permohonan maaf Duta Palestin, Walid Abu Ali, susulan insiden melibatkan warga Palestin di WTKL akibat tekanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker