DuniaMalaysia

Malaysia Bina Sekolah, Hospital & Masjid di Gaza dengan Kerjasama Jepun

Malaysia akan memulakan usaha membina semula Gaza dengan membangunkan sebuah sekolah, hospital, dan masjid menerusi kerjasama dengan Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau memaklumkan projek ini akan dilaksanakan dengan sokongan sektor swasta dan rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha membantu Gaza.

Malaysia dan Jepun juga sedang menubuhkan dana di bawah Rangka Kerja Kerjasama Asia Timur untuk Pembangunan Palestin bagi mempercepatkan pembinaan semula Gaza. Inisiatif ini dibincangkan semasa lawatan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, ke Malaysia awal bulan ini.

Sebelum ini, Anwar menyatakan kos pembinaan semula Gaza, yang musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dianggarkan melebihi 1 trilion dolar Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker