Malaysia catat tempat ketiga dalam Asia Tenggara, 44.68% individu bujang
Laporan ‘SeaAsia Stats’ menyatakan bahawa Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara di Asia Tenggara dengan bilangan 44.68 peratus penduduknya dikenal pasti bujang.
Individu bujang boleh diklasifikasikan sebagai individu yang belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu.
Laporan itu turut meletakkan Filipina di tempat pertama dengan bilangan 49 peratus daripada populasinya berstatus bujang, diikuti Brunei dengan 44.9 peratus.
Manakala, Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6 peratus, 29 peratus serta 23 peratus.
Ia diikuti Indonesia iaitu sebanyak 22 peratus, Singapura,20 peratus, Laos, 17 peratus, manakala dua negara dengan individu bujang terendah adalah Vietnam iaitu sebanyak 16 peratus dan Timor-Leste sebanyak 13 peratus.